Abdul Malek Hussin

Abd Malek Husin merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA) 1960. Beliau merupakan bekas setiausaha eksekutif Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kini beliau adalah Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia / Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel). .[1]Isteri beliau ialah Faridah Ishak (43) dan anak mereka bernama Sajdah Zahra (16) dan Nurul Zahra(11) dan dua yang lain.Selepas menyertai satu demonstrasi di Masjid Negara pada hari Jumaat, 25 September 1998, beliau telah ditahan oleh polis PDRM esoknya . Beliau ditahan selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA.